Sunday 17 October 2010

Tragedi 10.10.10

Apa ada pada nombor ini?
Tarikh yang pasti diingat oleh kebanyakan orang atau rakyat di Malaysia..
Kenapa?
Kerana waktu ini, tiada lagi masyarakat yang bersatu padu, bekerjasama dalam komuniti setempat. Penulis ingin berkongsi suatu perkara dengan pembaca. Di kampung penulis, jika ingin ingin mengadakan majlis perkahwinan, ketua kampung atau Pengerusi Jawatan Kuasa Kampung (JKK) akan dirujuk untuk mencari tarikh yang paling sesuai untuk mengadakan hari bahagia tersebut. Ini kerana, masyarakat ingin mengadakan majlis tersebut dengan cara penyediaan bergotong royong. Jika terdapat pertindihan tarikh, tarikh yang baru akan dipilih. Siapa yang akan menyertai gotong royong tersebut jika terdapat 3 atau 4 buah rumah yang kenduri serentak?
La ni, "Itu aku tak peduli. Asalkan aku dapat tarikh ni", kata bakal pengantin. Apa kesudahannya, 'katering' ajer le..
Namun, tarikh yang sama juga telah menjadi satu titik hitam bagi hampir separuh pengguna Lebuhraya PLUS. Beribu-ribu pengguna terkadas semenjak jam 7 petang dari tol Pedas ke Tol Sempang Ampat, Alor Gajah kerana 6 lorong lebuh raya tersebut tidak selancar biasa. Ini kerana terdapat kemalangan maut yang meragut 12 nyawa serentak. NGERI. Itu yang dapat digambarkan.
Bukan setakat pengguna yang ingat kejadian itu, malah keluarga mangsa yang terbabit dengan kemalangan ngeri tersebut. Siapa yang bersalah?
Itu dinamakan Kada' dan Kadar Allah SWT. NauzubilLah hi Min Zalik.Berbalik semula semuanya kepada Pencipta kita yang Maha Kaya. Maha Mengetahui.
Kita sebagai hambanya haruslah sentiasa berdoa kepadaNya. Mintalah kita mati dalam keadaan orang yang beriman. Mati dalam iman.Cara mati dalam iman. Sempat mengucap. Sempat  bersama keluarga tercinta. Sempat memohon ampun dan maaf daripada sanak saudara, sahabat handai. Sempat mengampuni orang yang pernah berbuat salah kepada kita. Dari itu, sentiasalah memohon ampun daripadaNYa, sanak saudara, sahabat handai. Tidak kira bila, dimana atau dengan sesiapa sahaja. Bacalah doa menaiki kenderaan. Mengucap dua kalimah shahadah sebelum meneruskan perjalanan.
Semoga kita mendapat ikhtibar daripada tarikh ini.

Thursday 10 September 2009

honda terbalik

kereta honda jazz terbalik jalan kota tinggi-mersing ketika hujan

potong double line

lori yang dipandu laju, jalan mersing-kuantan


potong double line

kereta potong kawasan double line
lori rosak di lorong kanan jalan. depan simpang pulai jaya, johor

Wednesday 19 August 2009

lori